Close

OnePlus Watch tidak akan menggunakan Google Wear OS

 

Seperti yang kita tahu, OnePlus telah bekerja keras dalam menghasilkan Smartwatch pertama mereka sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Dan di jangka OnePlus Watch akan memasuki pasaran tidak lama lagi.

Menurut Max J, OnePlus Watch tidak akan menjalan sistem operasi dari Google iaitu Wear Os. Dan ia merupakan satu kejutan berikutan OnePlus dan Google mempunyai hubungan yang baik setakat ini.

Secara umumnya, Wear Os adalah salah satu sistem operasi yang di bangunkan untuk peranti boleh pakai  kepada pengeluar yang tidak mempunyai sistem operasi mereka sendiri. Jenama seperti Fossil dan Mobvoi antara yang popular yang menjalankan Wear OS, dan Oppo juga menggunakannya untuk pasaran luar China.

Yang pastinya, OnePlus Watch tetap akan akan dilancarkan cuma jenis sistem operasi yang akan digunakan oleh OnePlus untuk smartwatch pertama mereka menjadi tanda tanya.  

(sumber)

ARTIKEL BERKAITAN