Close

Oppo Reno4 edisi khas Mohamed Salah dilancarkan dengan harga sekitar RM1,737

 

Ini bukanlah pertama kali Oppo mengeluarkan peranti edisi khas. Dan untuk edisi khas kali ini, Oppo memilih duta jenama, Mesir, dan pemain bola sepak Liverpool iaitu Mohamed Salah. Untuk versi edisi khas ini, Oppo menamakan sebagai Oppo Reno4 Mo Salah dan ia boleh di beli di Mesir.

Edisi Oppo Reno4 Mo Salah ini menggunakan elemen warna kelabu dan merah gelap. Dan terdapat wajah dan tanda tangan Mo Salah yang dicetak di bahagian panel belakang.

Ia turut didatangkan dengan tema khas membawakan reka bentuk ikon dengan elemen merah serta terdapat juga beberapa aplikasi tersuai. Tidak ketinggalan wallpaper Mo Salah juga tersedia. Untuk spesifikasi Oppo Reno4 di jana dengan cip pemproses Snapdragon 720G, RAM 8GB dan storan dalaman 128GB serta pengecasan pantas VOOC 4.0 30W.

Oppo Reno edisi Mo Salah dijual pada tanda harga RM1,737 ($422) dan boleh di beli secara rasmi melalui laman web rasmi Oppo.

(sumber)

ARTIKEL BERKAITAN