Close

Pengguna Celcom dilaporkan mengalami masalah rangkaian


Celcom
sekali lagi mengalami gangguan rangkaian, Sebelum ini Celcom turut menghadapi masalah yang sama pada bulan lepas. Beberapa pengguna Celcom melaporkan mengalami masalah untuk mengakses internet. Masalah ini dikatakan bermula pagi tadi.

                                     

Berikutan masalah ini, Celcom telah menjadi trending di Twitter dengan 7,754 Tweets. Ini merupakan kali kedua Celcom menghadapi masalah rangkaian yang mana sebelum ini kali pertaman pada 4 Oktober.

                    

                  

Walaubagaimanapun, Celcom telah pun menyedari masalah ini dan dalam proses untuk menyelesaikan masalah tersebut. Celcom telah mengeluarkan kenyataan yang pengguna di beberapa kawasan mungkin terjejas berikutan masalah teknikal.  Celcom menasihati pengguna yang terjejas untuk melakukan “reboot” pada peranti mudah alih mereka.

ARTIKEL BERKAITAN