Close

Pengguna iPhone 12 di Malaysia dilaporkan mengalami isu warna cat tertanggal pada bahagian kamera

Isu kosmetik yang ada pada iPhone bukanlah satu isu yang baru kerana ia pernah terjadi pada model iPhone 6, iPhone 6S, iPhone 7 dan juga iPhone 11 yang menyebabkan cat tertanggal dan seakan terkopek walaupun menggunakan kerangka pelindung.
Kini terdapat laporan bahawa seorang penjual iPhone 12 yang sedang berjumpa dengan pelanggan beliau untuk proses menyerahkan fon, baru sahaja buka kotak jualan iPhone 12 yang berwarna biru dan sudah terlihat warna cat yang tertanggal di bahagian kamera.
Isu yang sama juga pernah terjadi pada beberapa pengguna iPhone 11 sebelum ini. Namun tidak semua pengguna iPhone 11 mengalami isu yang sama.
Gambar : Muhd Fikri Faizal (FB)

Apa yang menghairankan, iPhone 12 tersebut adalah unit baru dari Apple yang baru saja dibuka dari kotak bungkusan. Kejadian ini berlaku di Malaysia sendiri yang dipercayai bukan unit rasmi Malaysia, tapi versi import.

Sebelum ini juga isu kosmetik pernah terjadi pada iPhone 12 Pro unit demo yang diletakkan di Apple Store di China. Namun seperti biasa, tiada maklum balas tentang hal itu dari pihak Apple.
Jika benar isu kosmetik seperti ini berterusan pada unit lain, ia sememangnya bukan satu perkara yang baik untuk harga jualan iPhone yang mencecah RM6,899. Apa pun, harapnya Apple sedia maklum tentang isu ini, sekadar kesalahan semasa pengeluaran dan bukan isu yang biasa sepertimana iPhone terdahulu.

ARTIKEL BERKAITAN