Close

Pengguna iPhone 12 dilaporkan menghadapi masalah skrin menjadi hijau

Siri iPhone 12 baru sahaja di lancarkan beberapa minggu yang lalu. iPhone 12 dan iPhone 12 Pro menjadi iPhone yang terawal dijual dan diikuti oleh iPhone 12 mini dan iPhone 12 Pro Max.

Sebelum ini terdapat beberapa laporan mengenai permasalahan pada iPhone 12. Iaitu berkenaan dengan  masalah signal dan ia telah pun diselesaikan oleh Apple. Dan kini terdapat laporan baru mengenai masalah skrin yang tukar menjadi hijau.

Terdapat laporan  menyatakan yang skrin iPhone 12 berubah menjadi hijau. Skrin akan menjadi hijau pada sekitar skrin dalam keadaan kelabu gelap. Menurut laporan dari media Korea Selatan, pihak Apple telah mengetahui tentang permasalahan tersebut dan kini dalam proses menyiasat punca kejadian.

(sumber)

ARTIKEL BERKAITAN