Close

Penjualan Xiaomi Mi 10 Pro 5G dihentikan di China

 

Xiaomi Mi 10 Pro 5G merupakan salah satu peranti premium yang diumumkan pada suku pertama tahun ini. Hadir dengan beberapa peningkatan dari segi kamera yang lebih dan juga teknologi pengecasan yang lebih pantas.

Selepas lapan bulan di pasaran, Xiaomi memilih untuk menghentikan pengeluaran Mi 10 Pro 5G. Jika anda menyemak laman web rasmi Xiaomi China sekarang, Mi 10 Pro 5G tidak lagi berada dalam senarai peranti yang dijual. Namun, model lain seperti Mi 10 Ultra, Mi 10 5G, Mi 10 Youth Edition, dan Mi MIX Alpha masih ada di dalam senarai.

Di beberapa platform atas talian di China turut menyenaraikan Mi 10 Pro sebagai “Kehabisan Stok”. Walaubagaimanapun, Mi 10 Pro 5G masih boleh dibeli di negara lain di mana ia dilancarkan.

Mi 10 Pro 5G dilancarkan pada bulan Februari dengan menawarkan paparan FHD + Super AMOLED dengan paparan 90Hz. Di jana dengan cip pemproses Snapdragon 865, hadir dengan beberapa varian  dan spesifikasi tertinggi bagi model ini adalah 12GB RAM dan 512 GB storan .

Fungsi lain yang ada pada Mi 10 Pro 5G adalah pengimbas cap jari dibawah skrin, pembesar suara stereo, NFC, IR blaster, dan bateri 4500mAh dengan sokongan pengecasan pantas 50W dan pengecasan pantas tanpa wayar 30W.

(sumber)

ARTIKEL BERKAITAN