Close

POCO kini bukan lagi sub jenama kepada Xiaomi

 

Pada awal kemunculan jenama POCO dengan model POCO F1 yang boleh dianggap sebagai salah satu fenomena buat pengguna Android. Dilancarkan pada 2018 dengan memfokuskan kepada spesifikasi tinggi dengan harga mampu milik yang mana terhasilnya hashtag #baikbelipoco pada ketika itu.

Namun, pada tahun 2019 POCO tidak menghasilkan sebarang peranti sehingga pada Februari 2020 yang mana mereka muncul semula dengan POCO X2 merupakan Redmi K40 4G yang dijenamakan semula. 

Selepas itu, ia muncul POCO F2 PRO menyambung legasi siri F1 dengan membawakan sejumlah peningkatan yang mendadak namun masih menggunakan DNA Xiaomi.

Sehingglah model POCO X3 NFC dan POCO M3 yang mana ia tidak lagi membawakan DNA Xiaomi lagi. Dan POCO X3 NFC dianggap sebagai salah satu kejayaan buat POCO dalam menghasilkan DNA mereka sendiri.

Pada pelancaran POCO M3 baru-baru ini, POCO turut mengumumkan yang mereka bukan lagi sub jenama kepada Xiaomi. Dengan pengumuman itu, kita bakal melihat sesuatu yang baru akan dibawakan oleh POCO.

Antara kejayaan POCO ialah berjaya memasuki 35 pasaran dunia dalam jangka masa tiga tahun dengan jualan sehingga lebih dari 6 Juta secara global.

(sumber)

ARTIKEL BERKAITAN