Close

POCO M3 akan dilancarkan pada 24 November ini secara Global

 Sebelum ini, terdapat khabar angin berkenaan POCO bakal melancarkan satu lagi peranti sebelum akhir tahun. Kini, akaun Twitter rasmi POCO Global telah memuatnaik teaser untuk model baru mereka iaitu POCO M3.

Tidak banyak info berkenaan POCO M3 ini. Namun, seperti yang telah dikongsi POCO Global di Twitter ia pasti sesuatu yang menarik untuk di lihat nanti. Terdapat spekulasi mengatakan yang POCO M3 akan mempunyai persamaan seperti model Redmi Note 10 yang belum di umumkan.

Buat setakat ini, hanya POCO X3 sahaja yang menggunakan 100% DNA POCO. Peranti ini merupakan siri ketiga POCO M selepas ada POCO M2 dan POCO M2 PRO. Pelancaran akan berlangsung secara atas talian pada 24 November.


(sumber)

ARTIKEL BERKAITAN