Close

POCO M3 rasmi di Malaysia – Snapdragon 662, bateri 6000mAh dan tri-kamera 48MP dengan harga RM599

 

POCO meneruskan rentak mereka dengan melancarkan satu lagi siri M. Sebelum ini POCO M2 telah pun dilancarkan namun tidak memasuki pasaran Malaysia. POCO M3 adalah peranti yang menggunakan DNA POCO secara asasnya tidak seperti pada POCO M2.

POCO M3 meggunakan skrin 6.53 FHD+ paparan 60Hz dengan dot drop display, dikuasakan Snapdragon 662 bersama RAM 4GB dengan pilihan storan 64GB atau 128GB. Menggunakan kamera swafoto 8MP dan tetapan tri-kamera belakang 48MP kamera utama, 2MP macro dan 2MP depth sensor.

Menggunakan kapasiti bateri 6000mAh dengan pengecasan pantas 18W jenis Type C dan pengesan cap jari pada butang kuasa. Fungsi lain yang dibawakan pada POCO M3 adalah sokongan IR Blaster, pembesar suara jenis stereo dan masih mengekalkan bicu audio 3.5mm.

POCO M3 hadir dengan tiga pilihan warna iaitu Cool Blue, Poco Yellow dan Power Black. Untuk harga jualan adalah RM599 untuk 4GB + 64GB dan RM699 untuk 4GB + 128GB.

Jualan secara atas talian melalui Lazada akan bermula pada 27 November dengan harga promosi RM499 untuk 4/64 dan RM599 untuk 4/128. Setiap pembelian akan menerima Mi In-Ear Headphones Basic Piston Earphone secara percuma.

(sumber)

ARTIKEL BERKAITAN