Close

Pra-tempahan Sony PlayStation 5 bermula hari ini (12 November) dengan harga bermula RM1,869

PlayStation Asia menerusi akaun Facebook rasminya baru-baru ini telah mengumumkan harga jualan rasmi dan juga tarikh penjualan untuk Sony PlayStation 5 terbaru mereka yang dijadualkan pada 11 Disember 2020 dengan harga :
  • Versi Digital – RM1,869
  • Versi Disc Blue-Ray – RM2,299
Dalam masa yang sama, anda juga sudah boleh membuat pra-tempahan bermula Khamis, 12 November secara dalam talian (online) melalui penjual yang sah atau terus ke kedai penjual PlayStation yang sah (offline). Boleh rujuk senarai penjual yang sah pada gambar di bawah :
Untuk anda yang berminat membeli aksesori tambahan, berikut adalah harga jualan di Malaysia :
  • DualSense Wireless Controller – RM349
  • PULSE 3D Wireless Headset – RM469
  • HD Camera – RM279
  • Media Remote – RM149
  • DualSense Charging Station – RM149
Buat masa ini tidak banyak lagi permainan yang ditawarkan buat PlayStation 5, namun anda masih boleh menggunakan beberapa permainan pilihan yang sedia ada daripada PlayStation 4 ke PlayStation 5 tanpa membeli permainan baharu. Antara permainan baru yang diperkenalkan :
  • Astro’s Playroom – Sedia ada dalam PS5
  • Demon’s Souls – RM299
  • Marvel’s Spider-Man : Miles Morales – RM209
  • Marvel’s Spider-Man : Miles Morales Ultimate Edition – RM299
  • Sackboy A Big Adventure – RM249
Info lanjut, layari pautan ini.
(Sumber

ARTIKEL BERKAITAN