Close

Qualcomm Snapdragon 875 bakal menyokong pengecasan pantas sehingga 100W


Qualcomm
dijangka akan memperkenalkan siri baru Snapdragon 800 iaitu 875 pada bulan Disember. Dan akan digunakan pada peranti pada suku pertama 2021. Cip Snapdragon 875 dilaporkan dihasilkan secara besar-besaran oleh TSMC menggunakan teknologi 5nm.


Leakster Digital Chat Station mengatakan yang titik penjualan bagi Snapdragon 875 adalah sokongan pengecasan pantas 100W padanya.  Namun, terdapat beberapa pengeluar mengatakan yang cip pemproses Snapdragon 875 akan sedikit mahal berbanding 865.

Mungkin pengecasan pantas 100W juga antara punca cip ini akan menjadi sedikit mahal, tetapi bukan Qualcomm sahaja yang sedang membangunkan teknologi ini. Pada ketika ini, beberapa pengeluar turut membangunkan teknologi pengecasan pantas pada julat yang sama seperti Xiaomi, vivo dan juga Samsung.

(sumber)

ARTIKEL BERKAITAN