Xiaomi melancarkan barisan baru di bawah Redmi. Seperti kebiasaan Redmi sentiasa hadir dengan tiga jenis varian. Untuk kali ini, Redmi menawarkan keupayaan rangkaian 5G pada dua model utama dan sebuah model 4G.

Redmi Note 9 Pro 5G menggunakan tetapan empat kamera dengan kamera utama 108MP, 8MP sudut lebar, 2MP makro dan 2MP depth. Untuk kamera swafoto ia menggunakan kamera 16MP.
Peranti ini dibekalkan dengan kapasiti bateri 4820mAh yang mana turut menyokong pengecasan pantas 33W. Selain itu, ia turut menggunakan pelindung gorilla glass 5 serta masih mempunyai bicu audio 3.5mm dan IR Blaster.
Tiga pilihan warna yang dibawa iaitu Lake Light & Autumn Scenery, Blue Sea & Star dan Silent Sky. Harga jualan Bagi Redmi Note 9 Pro 5g adalah RM988 (1599 yuan) untuk 6/128GB, 8/128GB RM1,112 (1799 yuan) dan 8/256GB RM1,236 (1999 yuan).