Close

Rekaan OnePlus 9 bocor di arena web

 

Sebelum ini OnePlus dikatakan akan melancarkan OnePlus 9 lebih dari model sebelum ini. Dan telah banyak info berkenaan OnePlus 9 bocor di arena web.

Dan kali ini, rekaan OnePlus 9 pula bocor di areana web. Melalui imej yang di kongsi oleh 91Mobiles memperlihatkan rekaan dengan skrin rata bersaiz 6.65 inci bersama swafoto jenis punch hole. Di bahagian belakang pula masih menggunakan rekaan body lengkung serta menggunakan tetapan tri kamera dengan modul kamera segi empat.

Selain itu, OnePlus 9 akan menggunakan paparan 120Hz seperti mana pada OnePlus 8T. Tetapi terdapat khabar angin OnePlus akan menggunakan 144Hz atau secara teknikalnya ia mungkin akan digunakan pada versi Pro.

Ia masih terlalu awal untuk diperkatakan mengenainya rekaan OnePlus 9 dan juga spesifikasinya. Info lain berkenaan OnePlus 9 adalah ia mungkin hadir dengan tiga jenis model iaitu LE2110, LE2117, dan LE2119. Mungkin kita melihat OnePlus 9 di lancarkan seawal bulan Mac 2021.

(sumber)

ARTIKEL BERKAITAN