Close

Rekaan OnePlus 9 Pro tertiris – Menggunakan skrin melengkung dengan saiz 6.7-inci

 

Siri OnePlus 9 dijangka akan tiba lebih awal dari kebiasaan. Terdapat khabar angin mengatakan siri OnePlus 9 akan dilancarkan pada Mac 2021.

Berikutkan itu, rumours tentang OnePlus 9 Pro turut tersebar di arena web. Imej rekaan CAD yang dikongsi oleh @OnLeaks memberikan beberapa perkara baik dan juga perkara buruk mengenai OnePlus 9 Pro.

Dari imej yang tertiris memperlihatkan reka bentuk yang sama dengan mengabungkan rekaan pada OnePlus 8 Pro dan juga OnePlus 8T. Untuk rekaan hadapan ia masih menggunakan rekaan seperti model sebelum ini dengan swafoto jenis punch-hole di atas sebelah kiri dengan skrin lengkung.

Siri OnePlus 9 akan menggunakan kamera modul baru yang diletakkan pada sebelah kiri. Tidak seperti pada OnePlus 8 Pro yang kamera modul berada dibahagian tengah. Dalam modul tersebut akan dimuatkan dengan empat sensor kamera dengan meletakkan ring logam pada dua lensa utama yang mana ia menyerupai kamera modul pada Galaxy Note 20 Ultra.

OnePlus 9 Pro akan menggunakan saiz skrin 6.7 inci . Pada bahagian belakang menggunakan binaan kaca dan bingkai logam mungkin akan digunakan.

(sumber)

ARTIKEL BERKAITAN