Close

Samsung perkenalkan sensor 3D Time of Flight (ToF) baru iaitu ISOCELL Vizion 33D

 

Pengguna sensor 3D Time of Flight pada telefon adalah tidak asing lagi. Yang mana sensor ini menggunakan cahaya inframerah untuk mengumpul maklumat ke dalam objek. 

Cara kerja sensor 3D ToF adalah, ia akan memancarkan inframerah pada objek dan dipantulkan semula yang mana akan membantu perisian dalam menentukan jarak, bentuk dan juga mengukur volume objek.

Ssnsor ISOCELL Vizion 33D dikatakan dapat memberikan data jarak yang tepat dan mengesan objek  yang bergerak pantas untuk tujuan autofokus dan bokeh video yang lebih pantas. 

Sensor baru samsung ini boleh menghasilkan peta kedalaman dengan resolusi 640 x 480 piksel yang dapat mengukur jarak antara 0.2m hingga 5m (16 kaki) dengan resolusi 10 atau 12-bit. Dan boleh mencapai sehingga 120 fps untuk mengesan latensi-rendah.

ISOCELL menggunakan Teknologi Deep Trench Isolation yang mana ia mengurangkan masa pemproses piksel, dan membantu sensor memisahkan subjek dari latar belakang dengan sempurna.

Sensor Vizion 33D juga boleh digunakan sebagai pengimbas wajah. Dengan keupayaan ini, kita mungkin bakal melihat sensor ini akan digunakan bukan sahaja untuk kamera belakang tapi untuk kamera hadapan.

Model Samsung Galaxy S20 Ultra sudah pun menggunakan sensor ToF dalam mempromosikan keupayaan sensor baru. Samsung dalam usaha untuk mencabar Sony yang merupakan peneraju dalam pasaran pengeluaran sensor ToF dengan 50%.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN