Close

Senarai telefon pintar paling popular untuk Q3 2020 – iPhone 11 masih tertinggi dengan 16 juta unit

Dalam laporan terbaru, Canalys telahpun mengeluarkan senarai telefon pintar paling popular untuk suku tahun ke-3 pada tahun 2020 secara global yang dilihat didominasi oleh 3 jenama besar iaitu Apple, Samsung dan Xiaomi.
Merujuk pada gambar, iPhone 11 berada di tangga pertama (16 juta unit) dan seterusnya iPhone SE 2020 (10 juta unit) tangga kedua, Samsung Galaxy A21s (10 juta unit) ketiga dan lain-lain lagi diikuit juga oleh Xiaomi dengan 3 model berbeza.
Jika anda perhatikan setiap model yang popular, kebanyakannya adalah fon kelas bajet dari Samsung dan Xiaomi. Ini mungkin faktor pandemik COVID-19 yang mempengaruhi keputusan pembelian pengguna.
Namun berbeza dari iPhone 11 yang memfokuskan pada fon kelas atasan dengan cip pemproses A13 Bionic. Turut dilihat iPhone SE 2020 yang baru sahaja diperkenalkan menjadi pilihan ramai yang mungkin disebabkan oleh harga lebih murah yang juga menggunakan A13 Bionic.

ARTIKEL BERKAITAN