Siri baru Redmi Note 9 akan dilancarkan pada 26 November di China - FUZZ.MY

Monday, November 23, 2020

Siri baru Redmi Note 9 akan dilancarkan pada 26 November di China


Redmi telah mengumumkan acara khas pada 26 November ini yang mana mereka akan memperkenalkan barisan baru Redmi Note 9 di China.

Walaubagaimanapun, Redmi tidak mendedahkan nama model yang akan digunakan pada siri Note 9 yang akan datang. Tetapi menurut Weibo, terdapat tiga model peranti yang akan dilancarkan. Redmi sebelum ini telah pun mengelurkan teaser berkaitan Redmi Note 9 Pro 5G.

Menggunakan kuad-kamera utama, slot kad SIM dibahagian kiri, butang suara dan butang kuasa di sebelah kanan dengan pengimbas cap jari dibawah skrin.


Model Redmi Note 9 5G dan model 4G adalah dua dari tiga model baru yang dilancarkan. Untuk Spesifikasi buat masa ini ia belum didedahkan secara rasmi, tetapi Note 9 5G dijangka akan dikuasakan oleh cip pemproses Dimensity 800U, dan untuk varian Pro ia dijana dengan Snapdragon 750G, paparan 120Hz, dan kamera 108MP.


Kedua-dua model tersebut sudah pun mendapatkan pengesahan sijil TENAA pada awal bulan lalu. Yang memperlihatkan reka bentuk dan spesifikasi yang lengkap.