Close

Siri iPhone 12 kini sudah boleh dibeli terus di kedai penjual Apple yang sah di Malaysia

Sebelum ini Apple membuka pra-tempahan siri iPhone 12 sejak 6 November lalu dan rata-rata pembeli yang pra-temah sudah mendapat unit mereka pada hari ini, 13 November. Untuk anda yang terlepas pra-tempahan, siri iPhone 12 akhirnya sudah boleh dibeli terus di kedai penjual Apple yang sah di Malaysia.
Namun unit untuk pelanggan yang datang terus ke kedai dikhabarkan adalah terhad kerana penjual Apple yang sah lebih mengutamakan pembeli yang sudah membuat tempahan lebih awal. Jika ada sekalipun, mungkin warna dan storan tidak seperti yang diinginkan.
Siri iPhone 12 hadir dengan 4 pilihan varian iaitu iPhone 12 mini, iPhone 12, iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max yang dijana dengan cip pemproses A14 Bionic, semua varian menggunakan skrin OLED Super Retina XDR, rekaan baharu dengan pilihan warna biru yang baru.

ARTIKEL BERKAITAN