Close

Siri OnePlus 9 akan dilancarkan dengan tiga pilihan varian

Sebelum ini, OnePlus hanya mengeluarkan dua varian dalam setiap model mereka. Namun, untuk siri OnePlus 9 ia bakal hadir dengan tiga varian.

OnePlus dikatakan akan meningkatkan jumlah peranti pada siri OnePlus 9, dengan varian utama menggunakan nombor model LE2110. Nombor model LE2117, LE2119 dan LE2120 akan digunakan dan untuk model OnePlus 9 Pro ia mungkin menggunakan nombor model LE2127. 

Untuk spesifikasi awal siri OnePlus 9, ia akan dikuasakan dengan cip pemproses Snapdragon 875, skrin OLED dengan paparan 144Hz, ketahanan debu dan air IP68, pembesar suara jenis stereo dan NFC. Menggunakan pengecasan 65W dan akan menggunakan swafoto jenis punch hole.

Apakah penawaran yang akan dibawakan oleh OnePlus pada siri OnePlus 9. Selepas melihat OnePlus 8T hanya menawarkan sejumlah kemaskini sahaja dan tiada faktor Wow. Mungkin selepas menyedari kelemahan itu, OnePlus bertindak untuk melancarkan siri OnePlus 9 dengan lebih awal.

(sumber)

ARTIKEL BERKAITAN