Close

Skor AnTuTu Snapdragon 875 dan 775G dikesan – Peningkatan sehingga 28% dari Snapdragon 865

Qualcomm akan melancarkan cip pemproses baru mereka pada bulan Disember iaitu Snapdragon 875 dan juga 775G. Yang mana menawarkan sejumlah peningkatan dari segi prestasi yang lebih baik dan juga fungsinya.

Melalui platform prototaip yang mengjalankan Snapdragon 875, yang mana telah merekodkan skor sekitar 740,000 pada penanda aras AnTuTu. Yang mana ia 28% lebih pantas dari Snapdragon 865+ yang mendapat skor sekitar 600,000.
Snapdragon 875 menggunakan satu teras Cortex-X1 dengan 2.84Ghz yang dikatakan mampu memberi prestasi yang menakjubkan yang digabungkan dengan tiga lagi teras Cortex-A78 dengan 2.4Ghz dan untuk tenaga yang efisien akan menggunakan Cortex-A55 pada 1.8Ghz. GPU baru iaitu Adreno 660 turut dimuatkan dengan keseluruhan SoC dibina pada nod 5nm yang baru.
Bagi Snapdragon 775G, masih tiada lagi maklumat yang terperinci mengenainya. Tetapi ia bakal menjanjikan peningkatan prestasi yang ketara. Skor yang diperolehi adalah 530,000 berbanding 765G yang mendapat skor 320,000 yang mana ia 65%  lebih pantas.
Perlu diingatkan yang mana skor ini adalah ujian yang dijalankan pada platform protaip mungkin berbeza dari prestasi sebenar. Sebelum ini, kebanyakkan cip pemproses yang  dilancarkan secara umum memperlihatkan sedikit peningkatan dari platform prototaip.

ARTIKEL BERKAITAN