Close

Skor DxOmark bagi iPhone 12 Pro Max adalah 130 – Ketinggalan dibelakang Xiaomi dan Huawei

DXOmark sebelum ini telah pun mengeluarkan skor bagi iPhone 12 Pro iaitu 128 sekaligus menduduki tempat kelima. Dan kini DXOmark mengeluarkan skor bagi iPhone 12 Pro Max dengan penambahan 2 mata menjadikan skor keseluruhan 130 dan berada di kedudukan keempat.

Dengan skor 130 ia meletakkan iPhone 12 Pro Max beradsa di belakang Xiaomi dan Huawei. Markah yang diberikan adalah berdasarkan tiga aspek iaitu foto, zum dan juga video. Markah bagi foto adalah 138, zum 68 dan video adalah 113.
Hadir dengan tetapan tri-kamera belakang, dengan 12MP kamera utama , 12MP ultra sudut lebar dan 12MP telefoto dan di bantu dengan sensor LiDAR. iPhone 12 Pro Max mempunyai fungsi autofokus yang sangat bagus, tepat dan cekap pada pelbagai situasi. Warna yang dihasilkan sangat tepat dan perincian gambar dapat dikekalkan dengan baik.

ARTIKEL BERKAITAN