Close

Supreme dijual dengan nilai RM8.6 billion kepada pemilik Timberland dan Vans

Supreme adalah jenama yang tidak asing lagi dalam arena fesyen kerana keunikan rekaan dan logo berkotak yang menjadi simbolik utama Supreme. Bila sebut saja pakaian Supreme, pastinya ramai peminat fesyen mengidamkan untuk memilikinya kerana harganya yang premium dan jenama yang cukup terkenal.
Terdapat laporan bahawa Supreme dijual kepada pemilik jenama Timberland, Vans dan The North Face iaitu VF Corporation dengan nilai $2.1 billion iaitu kira-kira RM8.6 billion. Ia sememangnya satu nilai yang agak besar untuk sesebuah jenama.
Menurut VF, buat masa ini Supreme mampu peroleh pendapatan tahunan lebih $500 juta (RM2 billion) dan lebih 60% pendapatan Supreme adalah dari pembelian secara dalam talian. Syarikat itu turut menjangkakan pendapatan Supreme akan meningkat 8 – 10% dalam masa 3 tahun mendatang.
James Jebbia (Pengasas Supreme)
Ketua Eksekutif VF, Steve Rendle menyatakan bahawa mereka tidak berhasrat untuk membuat perubahan pada Supreme. Tapi hanya memberi sokongan dan menggalakkan prestasi perniagaan yang tinggi. Malahan, James Jebbia (pengasas Supreme) dan pasukan kepimpinan senior masih dikekalkan dalam syarikat.

ARTIKEL BERKAITAN