Close

WhatsApp Pay mula diperkenalkan di India kepada pengguna terpilih

WhatsApp telahpun diberi kebenaran dari National Payments Corporation of India (NPCI) untuk memperluas perkhidmatan pembayaran berasaskan UPI (Unified Payments Interface) di India.

Pada mulanya, WhatApp mendapat persetujuan untuk menjalankan program perintis dengan 10 juta pengguna pada awal februari. Dengan syarat WhatApps perlu memenuhi semua syarat yang ada. Dengan WhatApp Pay yang sudah boleh digunakan ia membawa maksud WhatApps telah berjaya memenuhi syarat yang ditetapkan.

Untruk fasa pertama, perkhidmatannya WhatsApp Pay hanya tersedia kepada 20 juta dari 400 juta penggunanya di India. Sekiranya terpilih, pengguna boleh memilih pilihan pembayaran dan perlu membuat pengesahan nombor telefon dan juga akaun bank. Dan selepas itu akan keluar halaman pembayaran.

Selepas kaedah pembayarn berjaya dibuat, pengguna boleh mengirim dan menerima wang melalui WhatApp Pay dengan memilih pilihan pembayaran baru pada menu. Pada masa ini, WhatApp Pay hanya menyokong transaksi dari 160 bank di India. Untuk menggunakan WhatApp Pay pengguna hanya perlu memiliki kad debit yang sah dan bank yang menyokong pembayaran UPI.

Untuk urus niaga UPI di India, ia di dominasi oleh Google Pay dan PhonePe Flipkart dengan 80%.

(sumber)

ARTIKEL BERKAITAN