Close

Xiaomi dan Oppo akan menggunakan cip pemproses Exynos yang dibekalkan oleh Samsung

Cip pemproses Exynos memang cukup terkenal pada kebanyakan fon Samsung waktu ini, lebih-lebih lagi di Malaysia sendiri yang menggunakan Exynos disebalik menggunakan Qualcomm Snapdragon.
Pada 12 November ini, Samsung akan perkenalkan Exynos 1080 iaitu cip untuk fon kelas pertengahan berasaskan 5nm pertama di dunia yang akan digunakan oleh Vivo pada fon baru mereka. Kini terdapat laporan bahawa Samsung akan bekalkan cip Exynos kepada Xiaomi dan Oppo pula.
Penggunaan cip Exynos yang dibekalkan ini akan memfokuskan pada fon bajet iaitu kelas permulaan dan juga pertengahan yang akan bermula pada separuh tahun 2021. Pada tahun 2021 mungkin kita akan lihat lebih banyak fon selain Samsung yang akan menggunakan Exynos disebalik MediaTek atau Qualcomm.

ARTIKEL BERKAITAN