Close

Xiaomi memperkenalkan pengecas pantas USB-C 20W untuk siri iPhone 12

 

Seperti yang kita tahu, siri iPhone 12 dijual tanpa pengecasan di dalam kotak dalam usaha Apple untuk membantu memulihara alam sekitar. Ia juga melipuiti sebahagian siri iPhone 11 dan iPhone SE yang turut sama dijual tanpa pengecasan di dalam kotak.

Dan perkara ini sedikit sebanyak memberi keuntungan kepada pengeluar akesori pihak ketiga seperti Xiaomi. Yang mana telah pun menghasilkan pengecas pantas 20W yang boleh digunakan pada siri iPhone 12.

Apa yang menarik harga jualan bagi pengecasan pantas 20W dari Xiaomi ini dijual pada tanda harga 39 yuan sekitar RM 24. Ia turut menyokong  protokol pengecasan pantas yang lain di pasaran, seperti Samsung S10, iPad Pro dan Nintendo Switch.

Pengecas ini juga didatangkan dengan ciri keselamatan seperti high-precision resistance-capacitance sensing devices, supports over-voltage protection, over-current protection, short-circuit protection, over-temperature protection, dan mempunyai ciri-ciri gangguan anti-electromagnetic interference, low ripple, dan resistance to static electricity.

Pengecas pantas USB-C 20W ini akan mula dijual pada 3 November.

(sumber)

ARTIKEL BERKAITAN