Close

Xiaomi Mi 11 bakal hadir dengan Snapdragon 875 bersama kamera sudut ultra-lebar 48MP

 

Berikutan Mi 10 Pro 5G  yang sudah diberhentikan pengeluarannya. Xiaomi sebenarnya dalam proses pembikinan peranti premium baru mereka iaitu Xiaomi Mi 11.

Xiaomi Mi 11 dijangka akan menjadi peranti pertama yang menggunakan cip pemproses Snapdragon 875 berikutan Qualcomm bakal melancarkan Snapdragon 875 secara rasmi pada 1 Disember. 

Menurut laporan dari seorang Blogger Weibo, selain menggunakan Snapdragon 875. Mi 11 juga akan menggunakan kamera sudut ultra lebar yang baru iaitu 48MP dengan sensor 0.8μm. Ia merupakan peningkatan yang ketara berbanding dengan Mi 10 yang menggunakan 13MP.

Selain itu, ia juga merupakan peranti Xiaomi yang pertama menggunakan teknologi binaan 5nm. Seperti yang telah bocor di arena web Snapdragon 875 akan menggunakan binaan tiga kluster iaitu 1 + 3 + 4. Dengan teras utama menggunakan Cortex X1. Dan dilengkapi dengan teras besar Cortex A78 dan teras kecekapan tenaga Cortex A55.

GeekBench 5 bagi Mi 11 turut di bocorkan oleh Blogger yang sama dengan memuatnaik screenshot jumlah skor dari penanda aras. Peranti Xiaomi yang baru dikesan dengan model M2012K11C  hadir dengan pemproses 8-teras Qualcomm. Jumlah skor satu teras ialah 1105 dan skor multi-teras 3512 dan menjalankan sistem operasi Android 11.

(sumber)

ARTIKEL BERKAITAN