Close

YouTube sedang mengalami masalah teknikal – Pengguna tidak boleh memainkan video

YouTube adalah laman penstriman video yang terbesar dan cukup terkenal di dunia dengan tontonan oleh berjuta pengguna setiap hari. Jika anda sedang mengalami permasalahan pada YouTube, anda tidak keseorangan.
Kerana hari ini YouTube dilaporkan oleh kebanyakan pengguna tentang masalah tidak boleh memainkan beberapa video. Dalam satu ciapan di Twitter rasmi TeamYouTube, pihak YouTube juga sudah sedia maklum tentang hal ini dan sedang berusaha untuk membaikinya. 

Masalah yang dihadapi adalah seperti tidak boleh memainkan video dan video yang dimainkan kadang-kala sangkut walaupun mempunyai sambungan internet yang kuat.
Kemaskini : Video di YouTube sudah boleh ditonton seperti biasa. 

ARTIKEL BERKAITAN