Akaun Google akan dipadam sekiranya tidak aktif selepas dua tahun - FUZZ.MY

Tuesday, December 15, 2020

Akaun Google akan dipadam sekiranya tidak aktif selepas dua tahun


Artikel ini mungkin menarik minat anda untuk mengetahui kenapa Google bertindak memadam akaun  pengguna selepas dua tahun. Dan apa yang perlu dilakukan untuk membuatkan akaun Google anda tidak dipadam oleh Google selepas dua tahun?

 


Ianya mudah sahaja, jangan biarkan akaun Google (Gmail, Google Drive, dan Google Photo) anda tidak aktif selama lebih dari dua tahun. Jika ia berlaku Google akan memadam kandungan akaun tersebut. 

 

Google turut menambah satu lagi terma, jika penggunaan storan melebihi had penyimpanan (15GB) selama dua tahun berturut-turut, Google juga berhak untuk menghapus kandungan di Gmail, Google Drive, dan Google Photo.

 

Google telah menghantar notis berkaitan perkara ini kepada pengguna mereka, yang akan bermula 1 Jun 2021, dan berkuatkuasa pada 1 Jun 2023.

 

(sumber)