Close

Android akan menerima kemaskini sehingga empat tahun bermula dengan Snapdragon 888

 

Kerjasama Google dan Qualcomm memperlihatkan sokongan kemaskini Android yang lebih lama akan di berikan. Seperti kita tahu yang peranti Android menerima kemaskini yang lebih pendek berbanding peranti iOS.

Kemaskini selepas ini tidak hanya kepada peranti yang terpilih sahaja, tetapi ia akan diterima oleh semua peranti yang dikuasakan oleh Snapdragon dari kelas permulaan sehingga kelas premium, dan Snapdragon 888 adalah peranti terawal yang menyokong kemaskini sehingga empat tahun.

Melalui laporan yang di siarkan, Google dan Qualcomm akan menyokong kemaskini sehingga tiga tahun bagi kemaskini utama dan empat tahun bagi kemaskini tampalan sekuriti. 

Dengan kemaskini melalui Project Treble,  ia akan menjadi lebih mudah dan cepat untuk dilaksanakan. Project Treble juga telah merubah kerja kemaskini yang telah pun dibangunkan oleh Google pada 2017.

Sebelum ini, hanya beberapa pengeluar sahaja yang memberikan kemaskini sehingga tiga tahun iaitu Pixel , OnePlus dan juga Samsung. Dengan kerjasama ini, pengguna Android bakal menikmati kemaskini yang lebih panjang.

(sumber)

ARTIKEL BERKAITAN