Close

Apple bakal menghasilkan modem 5G mereka sendiri

 

Apple dikatakan dalam usaha untuk menghasilkan modem 5G mereka sendiri. Yang mana ia akan digunakan pada iPhone dan iPad mereka pada masa akan datang.

Ini merupakan salah satu langkah Apple untuk tidak terlalu bergantung kepada pembekal modem (Qualcomm). Perkara tersebut didedahkan oleh naib presiden kanan Appel Hardware Technologies, iaitu Johny Srouji. Ia juga merupakan pelaburan strategik jangka panjang Apple dalam memastikan mereka mempunyai banyak teknologi inovatif untuk masa hadapan.

Buat masa ini masih tiada lagi pengesahan dari Apple bila mereka akan menyertakan modem 5G mereka sendiri. Dan model pertama Apple yang akan menggunakanya.

(sumber)

ARTIKEL BERKAITAN