Close

Apple dilaporkan akan membina kereta pertama mereka pada awal tahun 2024

Apple Car (konsep)
Apple bukan syarikat yang asing lagi dalam arena teknologi yang cukup dikenali dengan pengeluaran iPhone, iPad, Apple Watch, Mac dan lain-lain lagi. Sebelum ini pada tahun 2015, terdapat laporan bahawa Apple akan perkenalkan kereta pertama mereka.
Namun pada tahun 2016, projek tersebut dikatakan tidak menjadi. 
Sekarang ini, laporan terbaru dari Reuters mengatakan bahawa Apple akan membina kereta pertama mereka pada awal tahun 2024, iaitu sekitar 4 tahun dari sekarang. Laporan juga turut menyebut kereta yang bakal dibina akan menggunakan teknologi pandu sendiri.
Antara komponen yang akan digunakan adalah seperti sensor LiDAR dan komponen bateri yang ‘monocell’ yang direka bentuk supaya lebih banyak kapasiti bateri boleh dimuatkan tanpa mengasingkan sel. Dengan ini, ia berpotensi untuk mendapatkan jarang pemanduan lebih panjang dan kos lebih rendah.
Setakat ini, pihak Apple tidak memberi apa-apa komen tentang hal ini. 

ARTIKEL BERKAITAN