Close

Apple memperkenalkan AirPods Max – Fon kepala bersama fungsi pembatalan hingar aktif dengan harga RM2,399

Apple hari ini membuat kejutan pada semua dengan memperkenalkan fon kepala pertama mereka iaitu AirPods Max dengan rekaan yang minimal dan mempunyai 5 pilihan warna.
Menariknya dengan AirPods Max ini, ia dilengkapi dengan fungsi pembatalan hingar aktif (Active Noise Cancelation), Transparency mode, Spatial Audio untuk pengalaman audio yang lebih meluas, dan Audio Sharing. Namun, semua fungsi berikut sudahpun ada pada AirPods Pro.
Cuma dari segi kepuasan audio lebih berpihak kepada AirPods Max, ditambah pula dengan ketahanan bateri sehingga 20 jam. Harga yang ditawarkan untuk pasaran Malaysia adalah RM2,399. Namun, tidak pasti bila ia akan mula dijual.

ARTIKEL BERKAITAN