Close

Beribu iPhone dicuri semasa serangan di kilang Wistron, India dengan kerugian RM241 juta – Kerana tidak membayar gaji seperti yang dijanjikan

Kilang dari Taiwan iaitu Wistron yang banyak mengilangkan produk dari Apple seperti iPhone yang bertempat di India baru-baru ini melaporkan serangan dari pekerja kilang itu disebabkan oleh isu tidak membayar gaji pekerja seperti yang telah dijanjikan.
Dalam serangan itu, laporan menyebut terdapat beribu unit iPhone telah dicuri dan beberapa fasiliti telah rosak dengan nilai kira-kira Rs 41 Crore (RM241 juta).
Menurut laporan lagi, seramai 2000 pekerja mengamuk memusnahkan harta benda kilang tersebut termasuk peralatan, perabot, dan kenderaan yang ada. Malah, pejabat Eksekutif Kanan syarikat itu juga turut diserang oleh pekerja yang mengamuk.

“Seorang yang berkelulusan Jurutera telah dijanjikan dengan bayaran Rs 21,000 (RM1,160) sebulan, namun gajinya berkurang menjadi Rs 16,000 (RM883) dan kemudiannya berkurangan menjadi Rs 12,000 (RM662) dalam beberapa bulan terakhir. Jumlah gaji yang dimasukkan dalam akaun kami semakin berkurangan dan sangat mengecewakan bila melihatnya” menurut pekerja di kilang tersebut. 
Laporan juga mendedahkan ada pekerja yang hanya mendapat serendah Rs 500 (RM27) dalam akaun bank mereka untuk gaji bulanan. 
Pihak kerjaan India dalam kenyataan menyebut bahawa pekerja tersebut telah diupah oleh syarikat pihak ketiga dengan kira-kira 8900 dan terdapat 1200 pekerja tetap. Menteri Buruh, Hebbar juga turut menyatakan bahawa pihak Wistron telah membuat pembayaran kepada pihak kontraktor (pihak ketiga), namun mereka tunda pembayaran kepada pekerja.
Namun, Hebbar tidak pasti sama ada ini benar-benar alasan sebenar untuk mereka menunda bayaran kepada pekerja. 

ARTIKEL BERKAITAN