Close

Caviar hasilkan Apple AirPods Max dengan binaan emas yang dijual pada harga RM436K

Buat yang masih tidak mengenali Caviar, Caviar merupakan syarikat dari Rusia yang terkenal dalam menghasilkan edisi mewah pada peranti popular.

Sebelum ini, Caviar telah menghasilkan iPhone 12 Pro dan  iPhone 12 Pro Max versi Victory Solid Gold dengan kemasan emas 18-karat dan juga berlian yang dijual pada harga RM595K.

Dan terkini, Caviar telah menghasilkan Airpods Max dengan kemasan emas yang dijual pada harga RM436K ($108,000). Hadir dengan dua pilihan warna iaitu Gold White dan juga Gold Black dengan mengabungkan dua jenis finishing iaitu emas dan juga kulit Buaya.

Buat penggemar emas diluar sana, ini mungkin boleh dijadikan sebagai salah satu koleksi anda. Bagi menghargai hasil kerja yang dibawakan oleh Caviar.

(sumber)

ARTIKEL BERKAITAN