Close

CD Projekt Red menawarkan bayaran semula Cyberpunk 2077 buat PlayStation dan Xbox

Permainan Cyberpunk 2077 adalah salah satu permainan yang sudah lama dinantikan oleh kebanyakan peminat konsol, terutamanya di Malaysia sendiri yang kini sudah boleh dimain oleh pengguna PC, PlayStation dan juga Xbox di seluruh dunia.
Namun, terdapat pelbagai masalah yang dilaporkan oleh pemain Cyberpunk 2077 terutamanya di PlayStation dan Xbox. Pihak CD Projekt Red di Twitter juga telah mengeluarkan kenyataan mereka dan akui dengan permasalahan tersebut.

pic.twitter.com/jtF5WKCiro

— Cyberpunk 2077 (@CyberpunkGame) December 14, 2020

Dalam masa yang sama pihak mereka turut akan memperbaiki permasalahan dan meningkatkan pengalaman permainan.
Tambahnya lagi, dalam kenyataan juga ada menyebut jika pengguna tidak berpuas hati dengan Cyberpunk 2077 di konsol, pengguna boleh mendapatkan bayaran semula dengan memulangkan permainan Cyberpunk 2077.
Untuk pengguna yang ingin mendapatkan bayaran semula bagi permainan Cyberpunk secara digital, boleh menggunakan sistem bayaran semula melalui pautan PlayStation Store dan Xbox.

ARTIKEL BERKAITAN