Close

Cyberpunk 2077 terjual lebih 13 Juta salinan walaupun menghadapi krisis bayaran balik

Cyberpunk 2077 akhirnya dilancarkan selepas hampir 7 tahun dalam pembangunan. CD Projekt Red adalah organisasi yang bertanggungjawab dalam penghasilan Cyberpunk 2077.

Selepas dua minggu Cyberpunk 2077 dilancarkan, CD Projekt Red memberitahu yang ia telah pun terjual lebih dari 13 juta salinan walaupun di landa beberapa masalah seperti hari pelancaran dan juga bayaran balik. Dan untuk pra tempah pula, Cyberpunk 2077 mencatatkan lebih daripada 8 juta tempahan.

Cyberpunk 2077 dijangka akan menjadi salah satu permainan terlaris pada tahun ini, walaupun ia dilihat masih jauh ketinggalan dari permainan hit terakhir dari CD Projekt Red iaitu The Witcher 3: Wild Hunt, yang mencatat jualan lebih daripada 28 juta salinan di kesemua platform.

Penjualan Cyberpunk 2077 dijangka akan meningkat dengan lebih tinggi selepas bug permainan diperbaiki dan dilancarkan semula di PlayStation Store. Minggu lalu, Sony telah menarik permainan Cyberpunk 2077 dan memulakan proses bayaran balik digital untuk pembeli yang tidak berpuas hati.

(sumber)

ARTIKEL BERKAITAN