Dapatkan produk AIoT terbaru dari realme dengan tawaran harga yang lebih berpatutan! – Harga bermula RM69 - FUZZ.MY

Monday, December 7, 2020

Dapatkan produk AIoT terbaru dari realme dengan tawaran harga yang lebih berpatutan! – Harga bermula RM69



Era peranti AIoT kini semakin mendapat tempat. Ia bukan sahaja memudahkan urusan seharian malah juga boleh merubah gaya hidup anda. Oleh itu, realme menawarkan sejumlah rangkaian peranti AIoT sebagai sebahagian daripada ekosistem mereka.


Antara rangkaian peranti AIoT yang dibawakan oleh realme adalah seperti realme Smart Cam 360°, realme Buds Air Pro, realme Buds Wireless Pro, realme Watch S, realme Selfie Tripod dan juga realme Smart TV,. Lebih banyak penawaran peranti AIoT akan ditawarkan oleh realme pada masa akan datang.


realme Smart Cam 360° - RM199



Ia merupakan peranti keselamatan pertama dari realme dengan kemampuan pergerakan 360°. Selain itu, realme Smart Cam 360° juga  menyokong rakaman video pada resolusi 1080P FHD. Terdapat juga fungsi 3D noise cancellation untuk memberikan gambar yang lebih terang dan jelas.



Di samping itu, realme Smart Cam 360 ° turut dilengkapi dengan penglihatan malam infrared, pengesanan gerakan, dan komunikasi dua hala. Yang menarik dengan fungsi pengesanan gerakan AI adalah ia memberikan amaran mengikut masa nyata. Bagi yang mencari penyelesaian keselamatan dengan harga yang berpatutan realme Smart Cam 360° adalah jawapannya. Ia juga sesuai untuk kegunaan di rumah mahupun pejabat.


realme Buds Air Pro - RM299



realme Buds Air Pro pada kali ini hadir dengan sejumlah peningkatan, antaranya adalah jangka hayat bateri yang lebih panjang, fungsi Active Noise Cancellation (ANC) yang dipertingkatkan dan juga 94ms Super Low Latency. realme mendakwa realme Buds Air Pro mampu memainkan muzik sehingga 25 jam yang mana dapat memberikan pengalaman penggunaan yang lebih panjang.



Untuk fungsi ANC ia menyokong sehingga 35dB dan hadir dalam dua mod iaitu mod Normal dan juga  mod Transparency. Untuk memberikan pengalaman bermain yang lebih baik, realme Buds Air Pro hadir dengan 94ms Super Low Latency sehingga 51% dan hanya memerlukan 94ms untuk memindahkan audio dari fon kepada realme Buds Air Pro. 


 realme Buds Wireless Pro - RM269



Masih menggunakan rekaan yang sama seperti realme Buds Air Pro namun dengan wayar. Turut menyokong fungsi ANC sehingga 35dB dengan dua mod Normal dan juga mod Tranparency.  Dengan mod tranparency ia memudahkan anda untuk bercakap tanpa perlu membuka realme Buds Wireless Pro. Rekaan yang dibawakan pada realme Buds Wireless Pro adalah berkonsep sporty.


https://scontent.fkul19-2.fna.fbcdn.net/v/t1.0-9/127617518_2562584840706169_7012480613591401605_o.jpg?_nc_cat=111&ccb=2&_nc_sid=730e14&_nc_ohc=itTT5b7hGx0AX9ZFmZu&_nc_ht=scontent.fkul19-2.fna&oh=5c945fa94791c54eedefa0d8e318de0e&oe=5FF01050


Ia menggunakan teknologi audio LDAC Hi Res dari Sony yang merupakan teknologi pengekodan audio untuk transmisi Audio Resolusi Tinggi. Dengan adanya LDAC  membolehkan anda menikmati kandungan Audio Resolusi Tinggi dalam kualiti suara yang luar biasa.


 realme Watch S - RM369


https://scontent.fkul19-1.fna.fbcdn.net/v/t1.0-9/127241976_2562520167379303_6298217205815967773_o.jpg?_nc_cat=102&ccb=2&_nc_sid=730e14&_nc_ohc=gZeicYFR4QUAX9K4IKX&_nc_ht=scontent.fkul19-1.fna&oh=99727aaa15b8186af9d0090ac04fbbde&oe=5FEF58CF


Merupakan varian baru smartwatch yang dibawakan oleh realme. Hadir dengan saiz skrin 1.3 inci (3.3cm) resolusi 360x360 yang tinggi menjadikan paparan lebih mudah dan jelas untuk di lihat. Untuk navigasi ia hadir dengan skrin sesentuh dan dua butang di sebelah kanan. Mempunyai fungsi auto brightness dengan 600nits yang menyelesaikan masalah dibawah matahari atau pun keadaan kurang cahaya.


https://scontent.fkul19-1.fna.fbcdn.net/v/t1.0-9/127237088_2561279124170074_4735689768072679480_o.jpg?_nc_cat=108&ccb=2&_nc_sid=730e14&_nc_ohc=55mDpZp97CUAX9bMwHQ&_nc_ht=scontent.fkul19-1.fna&oh=44af460ac214ff3f773338c6ec0d18d6&oe=5FF03CEF


Dengan sensor dan cip yang efisien pada realme Watch S ia membuatkan smartwach ini mampu bertahan sehingga 15 hari. Selain itu, realme Watch S turut hadir dengan 16 mod sukan terbina dan mempunyai sensor heart rate. Tidak cukup dengan itu, realme Watch S juga boleh mengukur kadar oksigen dalam darah sekaligus dapat membantu memantau kadar oksigen dalam darah pada bila-bila masa.


realme Selfie Tripod - RM99


https://scontent.fkul19-1.fna.fbcdn.net/v/t1.0-9/128683382_2564046913893295_6960404098790494211_o.jpg?_nc_cat=101&ccb=2&_nc_sid=730e14&_nc_ohc=iA3s9HV8gysAX9fVYaP&_nc_ht=scontent.fkul19-1.fna&oh=e7ec964af90e046b36be254678bff7fd&oe=5FEE98DE


realme Selfie Tripod merupakan produk dengan pelbagai fungsi semua dalam satu. Ia mengabungkan  menggabungkan selfie stick yang standard bersama tripod. realme Selfie Tripod adalah salah satu aksesori yang memfokuskan kepada fotografi dan peminat selfie.


https://static.c.realme.com/IN/wm-thread/1313823313373429760.jpeg


Didatangkan dengan alat kawalan jauh secara berasingan yang menggunakan teknologi Bluetooh 5.1 dengan jarak kawalan sehingga 10 meter. Untuk kualiti binaan, realme selfie tripod menggunakan Aluminium Alloy yang  dapat memberikan rasa premium apabila dipegang.


Jika anda merancang untuk membeli produk AIoT dari realme, jualan sempena 12.12 adalah waktu yang sesuai untuk memilikinya dengan harga yang istimewa. Pastikan anda tidak terlepas dengan tawaran ini. Lawati link dibawah untuk pembelian.


realme Smart Camera 360° - https://bit.ly/smartcam360pr  (Lazada) 

realme Buds Air Pro - https://bit.ly/rbudsairpropr (Shopee)

realme Buds Wireless Pro - https://bit.ly/budswirelesspropr (Lazada)

realme Watch S - https://bit.ly/rwatchSpr (Shopee)

realme N1 Sonic Electric Toothbrush - https://bit.ly/n1toothbrushpr (Lazada)

realme Selfie Tripod - https://bit.ly/rsftppr (Shopee)

realme Smart TV - Akan datang