Close

DJI tersenarai sebagai entiti yang memberi ancaman terhadap keselamatan negara oleh Amerika Syarikat


DJI
yang merupakan kuasa besar dalam pembuatan Drone telah ditambah ke dalam senarai “Daftar Entiti” Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat yang mana dianggap sebagai ancaman terhadap keselamatan negara. 

Dengan tersenarainya di dalam “Daftar Entiti” ia memberi maksud bahawa firma AS tidak lagi dapat mengeksport komponen atau perisian ke SZ DJI Technology Co. Sekaligus menjadikan DJI sebagai satu lagi syarikat berprofil tinggi dalam senarai selepas Huawei lebih setahun yang lalu.

Reuters melaporkan yang DJI menyertai AGCU Scientech yang memungkinkan pelanggaran hak asasi manusia skala besar di China melalui pengumpulan dan analisis genetik yang besar atau pengawasan dari teknologi tinggi.

Buat masa ini pihak DJI belum mengulas mengenai perkara ini. Pastinya ia bukan sesuatu yang baik apabila tersenarai dalam “Daftar Entiti”. Adakah DJI mampu mencari alternatif lain seperti yang sedang diusahakan oleh Huawei.

(sumber)

ARTIKEL BERKAITAN