Close

Gaya hidup lebih pintar dengan realme Smart TV!

realme adalah salah satu pengeluar telefon pintar yang popular. Selepas kejayaan yang dikecapi dalam telefon pintar, realme kini memasuki  segmen peranti AIoT dengan menawarkan beberapa produk seperti realme Smart Cam 360°, realme Buds Air Pro, realme Buds Wireless Pro, realme Watch S, realme Selfie Tripod dan juga realme Smart TV.

Realme Smart TV with HDR10 display now official in India!

realme Smart TV akan ditawarkan di Malaysia tidak lama lagi merupakan Smart TV pertama dari realme. Hadir dengan beberapa penawaran menarik dari segi spesifikasi dan juga fungsinya.

Realme Smart TV launched in India at a starting price of ₹12,999 with  smartwatch and wireless earbuds in tow | Business Insider India

Saiz skrin merupakan aspek utama pada TV. Oleh itu, realme Smart TV hadir dengan dua jenis saiz yang popular iaitu 32 inci dan juga 43 inci dengan resolusi 1366×768 untuk 32 inci dan 1920×1080 untuk 43 inci. Turut menyokong kandungan HDR10 dan juga HLG untuk memberikan pengalaman kandungan yang lebih baik.

Dari segi rekaan, realme menerapkan elemen premium pada realme Smart TV. Ia boleh dilihat dari bezelnya yang nipis iaitu sekitar 8.7mm dan juga potongan skrinnya yang rapat sehingga ke tepi bingkai, memberikan pengalaman menonton yang lebih baik dan tampak lebih premium.

Realme's first Smart TV is an affordable Android TV, priced from RM750

 

realme Smart TV menjalankan antara muka TV Android (Android 9.0)  yang diperakui oleh Google, yang mana ia menyokong semua perkhidmatan dan aplikasi penstriman yang popular. realme Smart TV turut dilengkapi dengan pra-pemasangan aplikasi seperti YouTube, Netflix, dan Amazon Prime Video. Selain itu, aplikasi Play Store untuk Android TV pula membolehkan pengguna untuk memuat turun aplikasi lain.

Untuk pengalaman audio yang lebih cemerlang, realme Smart TV menggunakan empat pembesar suara dari Dolby dengan output sehingga 24W. Yang mana ia menghasilkan bunyi yang lebih terperinci dan tajam sekaligus memberikan pengalaman audio yang sangat baik.

 Realme Smart TV presents two low-end TVs with Android TV, Netflix and Dolby  Audio | AndroidPCtv

Perkara menarik pada realme Smart TV adalah ia turut dilengkapi dengan pelbagai jenis sambungan input dan output, seperti tiga port untuk HDMI, dua port untuk USB, port LAN, soket antena, RCA port digital audio out, penyambung AV 3.5mm tunggal, dan 3.5mm bicu audio untuk sambungan headphone  atau pembesar suara berwayar.

Smart TV Pertama Realme Meluncur di Indonesia, Harga Mulai Rp 2 Jutaan

Terdapat juga beberapa fungsi lain yang ada pada realme Smart TV seperti Chroma Boost Picture Engine bagi membantu meningkatkan kualiti paparan menjadi lebih cantik dan jelas. Chromecast secara terbina pula memudahkan penstriman dibuat dari peranti pintar kepada realme Smart TV.

Sekiranya anda sedang mencari Smart TV yang penuh dengan fungsi terkini, realme Smart TV adalah jawapannya. realme Smart TV akan mula di jual secara atas talian melalui Shopee pada 22 Disember. Harga rasmi bagi realme Smart TV adalah RM899 untuk 32 inci dan RM1499 untuk 43 inci.

Namun jika anda membeli pada 22 Disember harganya adalah RM699 untuk 32-inci dan RM1299 untuk 43-inci.

ARTIKEL BERKAITAN