Close

Google Pixel XE tertiris dengan paparan yang sedikit berlainan

 

Ia merupakan model yang tidak pernah didengar namun itulah yang berlaku, bila mana tertirisnya peranti baru Google Pixel dengan kod nama XE. Melalui sumber yang tidak dapat disahkan, telah tertirisnya imej Google Pixel XE di arena web.

Dengan imej yang tertiris tidak banyak maklumat yang dapat di perolehi melainkan peranti tersebut akan mempunyai NFC dan juga menyokong dua slot kad SIM. Selain itu, ia turut menggunakan paparan dengan bezel yang agak tebal dan kamera swafoto punchole di tengah dan maklumat selebihnya masih tidak diketahui.

Ia mungkin peranti Google Pixel yang seterusnya memandangkan maklumat Pixel 5 dan Pixel 4a 5G telah tertiris berapa bulan lebih awal sebelum ia dilancarkan. Kebenarkan mengenai Google Pixel XE masih di cari untuk membuktikan bahawa Google Pixel XE benar atau pun tidak.

(sumber)

ARTIKEL BERKAITAN