Close

Google tamatkan sokongan kemaskini pada Pixel 2 selepas tiga tahun

Google Pixel 2 dan Pixel 2XL secara rasminya ditamatkan sokongan kemaskini dari Google selepas tiga tahun. Pixel 2 sebelum ini menerima kemaskini keselamatan pada bulan Oktober dan Google menjanjikan kemaskini terakhir pada bulan Disember.

Google melakukan perkara yang sama pada Google Pixel 2, apabila melangkau kemaskini keselamatan bulan November dan memberikan kemaskini terakhir pada bulan Disember. Kemaskini terakhir Pixel 2 tidak disertakan Features Drop yang mana ia tersedia buat Pixel 3 ke atas.

Kemaskini terakhir Pixel 2 menyelesaikan beberapa permasalahan seperti -:

  • Fix for some devices stuck during boot
  • Fix to prevent inadvertent disablement of call notifications
  • Fix for missing auto-rotate icon in certain device orientations
  • Fix for undetected overview swipe gestures in launcher

Untuk langkah kemaskini ikuti Setting > System> More > System Update.

(sumber)

ARTIKEL BERKAITAN