Close

Hidup lebih trendy dengan realme!

realme merupakan salah satu pengeluar telefon pintar yang popular bermula pada 2018. realme juga merupakan salah satu pengeluar yang paling pesat berkembang. Memberikan penekanan dalam menyediakan produk yang berkualiti tinggi pada harga mesra rakyat. Tidak hairanlah jika realme kini merupakan salah satu pesaing global dalam arena teknologi yang hebat.


Sesuai dengan slogan “Dare to Leap” yang menjadikan realme sebagai salah satu jenama yang berkembang dengan cukup pantas. Mengetengahkan produk yang berkualiti serta premium dengan kadar harga yang berpatutanSekaligus menjadikan realme jenama yang sentiasa relevan dari masa ke semasa.


Saban hari teknologi kian berkembang, dan realme tidak ketinggalan dalam menyertakan teknologi terbaru pada produk mereka. Oleh yang demikian, realme bakal menawarkan peranti mereka dengan teknologi rangkaian 5G. Yang pasti memberikan pengalaman yang berbeza di samping menambah baik  teknologi yang sedia ada.


Akan ada lebih banyak peranti dengan sokongan teknologi rangkaian 5G yang akan dibawakan oleh realme tidak lama lagi. Ia pasti satu khabar berita gembira buat peminat realme yang menantikan peranti dengan teknologi rangkaian 5G. Dengan penawaran ini, ia bakal merubah landskap teknologi rangkaian dengan kepantasan 10 kali ganda berbanding rangkaian 4G. 


Mempunyai identiti sendiri adalah perkara terpenting dalam membina jenama. Ia juga merupakan salah satu cara untuk menjadikan kita lebih dikenali dan juga diingati. Dengan pengenalan realmeow iaitu maskot pertama dari realme menjadi realme lebih dekat dengan pengguna. 


https://army.wiser.my/wp-content/uploads/2020/12/realmeow-official_copy.jpg

realme yang  sinonim dengan warna kuning telah menggunakan warna kuning sebagai warna utama pada maskot mereka. Ditambah dengan elemen Laser Glasses menjadi realmeow tampak lebih futuristik . realmeow dihasilkan dengan adunan di antara reka bentuk teknologi tahap tertinggi dan juga trendy sesuai dengan apa yang di tawarkan oleh realme.


Dalam usaha realme mempopularkan teknologi rangkaian 5G. Untuk melihat teknologi rangkaian 5G boleh digunakan oleh pelbagai lapisan pengguna. Sekaligus pengguna dapat menikmati kelajuan dan juga kestabilan rangkaian dalam era modenisasi.


Dalam menentukan harga jualan, realme lebih cenderung  mementingkan harga jualan yang berpatutan. Dengan penawaran spesifikasi dan juga fungsi yang berbaloi kepada pengguna. Seperti yang kita tahu realme merupakan jenama yang mementingkan produk yang berkualiti tinggi pada harga mesra poket dengan teknologi yang terkini.



realme sentiasa membawakan rekaan yang segar dan juga trendy. Jadi tidak hairanlah jika realme sentiasa hadir dengan rekaan yang baru pada peranti mereka seiring dengan pembaharuan yang di bawa. Selain dari rekaan, pemilihan warna turut dititikberatkan untuk menjadikan ia peranti dengan warna yang istimewa.


Nantikan sesuatu yang baru dari realme. Peranti dengan reka bentuk segar dan juga trendy. Yang pasti memberikan anda pengalaman yang berbeza dari peranti anda sebelum ini. 



Jangan lupa untuk mendapatkan realme 7 5G pada penjualan pertama iaitu 25 Disember 2020 dengan harga RM 1,299. Pelbagai hadiah akan diberikan iaitu lencana realme, satu pakej hadiah, kantung hipster realme, satu realme Buds Classic dengan tambahan satu tahun jaminan hanya pada penjualan pertama sahaja.


Kunjungi realme Malaysia Facebook untuk mendapatkan informasi yang selanjut. 


ARTIKEL BERKAITAN