Close

Huawei Watch Fit – Jam tangan pintar kecergasan yang cukup bagus dengan harga berpatutan!

Bila bercakap tentang jam tangan kecergasan masa kini, pelbagai aspek yang perlu diambil kira untuk memastikan ia benar-benar mampu memberi kelebihan pada pengguna dari segi paparan, keselesaan, bateri, fungsi dan lain-lain lagi. Jika anda masih tercari-cari, Huawei Watch Fit salah satu yang saya boleh sarankan. 
Paparan Skrin
Huawei Watch Fit hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 1.64-inci dengan resolusi 280 x 456 piksel dengan rekaan segi empat yang sedikit memanjang ke bawah. Kemasan pada bahagian paparan dia cukup nampak ekslusif dan premium.

Dari segi paparan, sememangnya memberu kepuasan yang terbaik untuk pengguna disebabkan oleh penggunaan panel AMOLED. Kecerahan dan warna sedap mata memandang dengan skrin sesentuh yang responsif. Anda juga boleh ubah pelbagai jenis paparan muka jam yang ada melalui tetapan.
Rekaan & Binaan
Hadir dengan 3 pilihan warna iaitu Graphite Black, Mint Green dan Sakura Pink yang memberikan rupa yang lebih bergaya dan premium. Tali yang digunakan juga boleh dibuka hanya menggunakan kuku pada bahagian bawah untuk anda tukar ikut citarasa sendiri.

Binaan yang digunakan juga adalah jenis aluminium pada bahagian bingkai dengan butang pada bahagian kanan dan material plastik pada bahagian bawah yang terdapatnya sensor dan juga bahagian pengecasan. Berat jam ini juga hanya 21 gram sahaja (tanpa tali).
Sambungan
Seperti biasa, Huawei Watch Fit juga turut mempunyai Bluetooth 5.0 dan juga GPS. Selain itu, jam ini juga turut boleh disambungkan terus ke telefon pintar melalui aplikasi Huawei Health dengan pecahan pada beberapa bahagian.
  1. Health – Maklumat kesihatan
  2. Exercise – Maklumat aktiviti dan sukan
  3. Devices – Tetapan untuk jam
  4. Me – Data peribadi anda dan laporan
Dengan sambungan antara jam dan aplikasi, ia sekaligus memberi kelebihan pada pengguna untuk memantau kesihatan semasa dan juga menjurus kepada gaya hidup sihat. Anda juga boleh menggunakan aplikasi untuk menetapkan pelbagai perkara pada jam dengan lebih mudah dan pelbagai.
Anda juga boleh menyambungkan jam ini pada fon Android dan juga iPhone melalui aplikasi Huawei Health dan Bluetooth.
Bateri
Ketahanan bateri satu faktor yang amat penting pada mana-mana jam kecergasan. Oleh itu pada penggunaan biasa, Watch Fit mampu bertahan sehingga 10 hari, penggunaan yang berat sehingga 7 hari dan penggunaan GPS yang berterusan sehingga 12 jam. 
Bagi saya dengan ketahanan seperti itu, ia sudah mencukupi. Untuk mengecas pula, anda boleh menggunakan pengecas yang sudah diberikan di dalam kotak yang hanya perlu dilekatkan pada bahagian bawah jam.

Fungsi Menarik
Terdapat pelbagai fungsi menarik yang ada pada Huawei Watch Fit, antaranya :
  • 96 pilihan aktiviti termasuk berlari, kayuh basikal, berjalan, berenang, mendaki, yoga dan pelbagai lagi yang sesuai untuk pengguna yang baru bersukan atau yang sudah lama bersukan.
  • Ketepatan GPS yang sudah dipertingkat untuk mengesan semasa anda melakukan aktiviti
  • Dapat memantau SpO2 (oksigen dalam darah)
  • 24 jam pantau kadar degupan jantung dan tahap tekanan (stress)
  • Kalis air dengan kedalaman 50 meter yang membolehkan anda untuk memakai jam semasa berenang.
  • Terdapat fungsi untuk mengesan dan menjangka waktu kitaran haid wanita
  • Memantau kadar waktu tidur


Harga
Huawei Watch Fit dijual dengan harga RM499 sahaja buat pasaran Malaysia. Bagi saya dengan rekaan yang nampak mewah, selesa untuk dipakai dan pelbagai fungsi yang wajib ada pada jam pintar kecergasan, ia sememangnya satu pembelian yang berbaloi untuk harganya. 
Boleh beli di pautan ini.

ARTIKEL BERKAITAN