Close

iPhone 12 Pro Max yang diperbuat dari emas 18-karat dan berlian dijual dengan harga mencecah RM595K

Jika sebut saja mengenai iPhone, rata-rata pengguna akan fikir ia sebuah telefon pintar yang paling mahal sekali yang ada di pasaran dan sebagai lambang kemewahan seseorang jika memiliknya, lebih-lebih lagi siri iPhone 12 yang terbaru.
Namun, ia belum cukup mahal lagi jika dibandingkan dengan iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max Victory Solid Gold yang dikeluarkan oleh Caviar Global yang telah mengeluarkan telefon pintar mewah dengan material serba mahal dan ekslusif.

iPhone ini menggunakan material emas 18-karat bersama 55 biji berlian VVS1, IF dan LF (diameter 3 mm). Pada bahagian panel belakang, ia mempunyai corak bunga yang artistik yang membuatkan iPhone ini lebih unik. Dan juga terdapat kod model khas dan informasi di bahagian tepi kerangka.

Dari segi spesifikasi, ia masih menggunakan spesifikasi yang sama seperti iPhone 12 Pro/Max yang biasa iaitu cip pemproses A14 Bionic, Tri-kamera 12MP dan LiDAR, skrin OLED Super Retina XDR 6.7-inci, rekaan berkotak dan rangkaian 5G.

iPhone 12 Pro dijual dengan harga bermula $45,310 (RM183,483) untuk 128GB dan iPhone 12 Pro Max mencecah $147,090 (RM595,640) untuk 512GB iaitu varian paling besar dan paling mahal sekali. Ia juga hanya terhad kepada 7 unit sahaja di seluruh dunia.

Dengan nilai tersebut, sudah tentunya ramai akan berfikir untuk beli rumah atau super car.
Namun, bagi sesetengah individu yang sudah ada semuanya, rumah besar, kereta besar dan harta berjuta-juta, mungkin iPhone 12 Pro Victory Solid Gold ini akan menjadi koleksi lambang kemewahan dan kekayaan bagi mereka.

ARTIKEL BERKAITAN