Close

Kegagalan Cyberpunk 2077 menyebabkan CD Projekt Red disaman oleh pelabur

Permainan Cyberpunk 2077 adalah permainan yang sangat dinantikan oleh kebanyakan pemain konsol dan PC di seluruh dunia. Dengan hype yang dibawa oleh permainan ini, ia telah menjadikan permainan ini sebagai permainan yang ditunggu-tunggu pada tahun ini selepas hampir satu dekad.

Namun, selepas permainan ini dilancarkan ia diibaratkan sebagai satu bencana bagi para pemain dan juga para pelabur. Pelabur mendakwa terdapat kekeliruan mengenai pretasi permainan selepas ia dilancarkan yang menyebabkan kerugian harga saham yang ketara. Oleh itu,  pelabur telah membuat tuntutan yang difailkan terhadap CD Projekt.

Dalam tuntutan yang difailkan, CD Projekt didakwa gagal menyediakan permainan Cyberpunk 2077 yang hampir tidak dapat dimainkan. Sejak permainan dilancarkan awal bulan ini, Cyberpunk 2077 telah mengalami beberapa masalah pepijat, yang akhirnya mendorong peruncit dan pembuat konsol menawarkan bayaran balik sepenuhnya. 

Walaupun begitu, Cyberpunk 2077 telah mencatatkan jualan lebih dari 13 juta salinan dalam masa dua minggu menjadikannya salah satu permainan terlaris tahun ini. Sebilangan besar hasil penjualan permainan ini datang dari pra tempah dengan 8 juta pra tempah di rekodkan.

(sumber)

ARTIKEL BERKAITAN