Close

KFConsole diperkenalkan – Permainan konsol beresolusi 4K 240fps dengan pemanas terbina dari KFC

Siapa yang tidak kenal akan Kentucky Fried Chicken (KFC) yang  merupakan salah satu pelopor kepada  fast food.  Dengan kerjasama Cooler Master telah memperkenalkan permainan konsol dengan nama KFConsole.

Permainan konsol dari KFC ini menyokong permainan dalam kualiti video 4K 240fps dan yang paling menarik sekali adalah, ia hadir dengan pemanas ayam. Spesifikasi lain bagi KFConsole, ia dijana dengan cip pemproses Intel Core i9, 32GB RAM dan juga ruang penyimpanan 1TB SSD. 

Yang menjadikan KFConsole ini benar-benar unik adalah ia mempunyai ruang pemanas ayam yang pertama di dunia. Bayangkan permainan konsol ada pemanas? Unik bukan? 


Cooler Master turut memuatnaik kata-kata berbunyi, “Never risk letting your chicken go cold again, thanks to the patented Chicken Chamber. Utilising the systems natural heat and airflow system, you can now focus on your game-play and enjoy hot, crispy chicken between rounds,”


Walaupunbagaimanapun, tiada sebarang tarikh yang diumumkan oleh KFC mengenai bila KFConsole akan dilancarkan kepada umum. Ia amat mengujakan untuk melihat permainan konsol ini.

Jika anda rasa anda sudah cukup cool dengan adanya PS5 dirumah. Bagaimana pula dengan ini KFConsole.

(sumber)

ARTIKEL BERKAITAN