Close

Pengecualian cukai jualan kenderaan dilanjutkan…

Sebelum ini kerajaan telah mengumumkan pengecualian cukai jualan kenderaan untuk meringankan beban bakal pembeli kereta di Malaysia dengan harga yang lebih murah dari biasa yang dijadualkan tamat pada 31 Disember ini.

Namun, hari ini Kementerian Kewangan (MOF) telah mengumumkan tempoh pengecualian cukai jualan kenderaan akan dilanjutkan enam bulan lagi bermula Januari 2021 sehingga Jun 2021.

Perlaksanaan cukai jualan ini akan mendapat pengecualian 100% buat semua kereta termasuk kenderaan penumpang MPV dan SUV versi pemasangan tempatan (CKD). Manakala pengecualian 50% cukai jualan buat versi import baru atau terpakai (CBU) termasuk MPV dan SUV.

Rujukan harga jualan selepas pengecualian cukai boleh baca di pautan ini.

ARTIKEL BERKAITAN