Close

Prototaip OnePlus 9 dijual pada harga sekitar RM12,000 melalui Ebay

Biarpun OnePlus 9 masih belum dilancarkan tetapi sudah ada iklan yang menjual peranti tersebut. Itulah yang berlaku apabila prototaip OnePlus 9 telah di iklankan pada laman jualan Ebay dengan harga jualan $3000 (RM12,000).

Iklan prototaip OnePlus 9 itu telah ditemui oleh XDA’s Mishaal Rahman dan @Deadman_Android melalui akaun Twitternya. Ia mempunyai rekaan yang sama dengan imej yang telah tertiris berkenaan rekaan OnePlus 9 baru-baru ini dengan rekaan panel belakang bersama logo seperti OnePlus.

Siri OnePlus 9 akan hadir dengan tiga varian iaitu OnePlus 9, OnePlus 9 Pro dan juga OnePlus 9 Lite.  OnePlus 9 dan OnePlus 9 Pro dikatakan akan menggunakan Snapdragon 888, pengecasan pantas 65W dan pengecasan tanpa wayar 30W. Dan untuk versi OnePlus 9 Lite ia dikatakan akan menggunakan Snapdragon 865.  Siri OnePlus 9 mungkin akan dilancarkan sekitar suku pertama tahun 2021.

(sumber)

ARTIKEL BERKAITAN