Close

Qualcomm dedah skor penanda aras Snapdragon 888

 

Pada awal Disember lalu, Qualcomm telah mengumumkan Snapdragon 888 dan memperincikan spesifikasinya. Dan hari ini, Qualcomm sendiri telah mendedahkan skor rasmi penanda aras untuk cip utama terbarunya.

Ujian khas yang dilakukan pada peranti yang dikuasakan oleh Snapdragon 888 dengan spesifikasi 12GB RAM LPDDR5, stroran 512GB UFS 3.0 dan skrin FHD 6.65 inci dengan paparan 120Hz. Setiap ujian penanda aras dilakukan sebanyak tiga kali dan menggunakan default setting.

Antara aplikasi penanda aras yang digunakan oleh Qualcomm adalah AnTuTu, GeekBench, GFXBench Aztec Normal dan Manhattan 3.0, Ludashi AiMark, AITuTu, MLPerf dan UL Procyon.


Pada penanda aras AnTuTu (versi 8.3.4) Snapdragon 888 mendapatkan skor purata 735,439, yang merupakan rekod baru pada AnTuTu yang sebelum ini di pegang Huawei Mate 40 Pro + dengan 698.654.


Geekbench (versi 5.0.2) pula mendapat skor 1,135 dalam ujian single-core dan 3,794 untuk multi-core. Sebelum ini Snapdragon 865 mendapat skor 900 pada single-core dan 3,400 dalam multi-core. Snapdragon 888 menawarkan peningkatan sebanyak 20% bagi single-core dan 10% pada multi-core.

Untuk prestasi GPU Adreno 660 pada Snapdragon 888, penanda aras GFX Bench mendapat skor 86 fps. Dan pada Aztec Ruins Vulcan dan Manhattan 3.0 pula mendapat 169 fps yang mana ia mengalahkan Snapdragon 865+ yang mendapat 133 fps pada ROG Phone 3.

(sumber)

ARTIKEL BERKAITAN