Close

Qualcomm memperkenalkan Snapdragon 678 bagi menggantikan Snapdragon 675

 Kira-kira dua tahun lalu Qualcomm memperkenalkan Snapdragon 675 yang merupakan cip kelas pertengahan. Dan bagi menggantikan Snapdragon 675 Qualcomm telah mengumumkan Snapdragon 678.

Qualcomm mengatakan yang Snapdragon 678 hadir dengan peningkatan prestasi secara keseluruhan seperti sambungan berkelajuan tinggi, rakaman foto dan video yang lebih padu, dan juga pengalaman entertainment yang immersive.

Menggunakan senibina yang sama seperti Snapdragon 675 dengan CPU Kyro 460 dan GPU Adreno 612 yang sama, tetapi teras CPU dipertingkatkan pada 2.2GHz. Qualcomm turut mengatakan yang GPU Adreno 612 telah di beri peningkatkan prestasi, tetapi tidak menjelaskan apa perubahan yang di lakukan pada bilangan teras atau frekuensi teras. Kerana kedau-dua menggunakan proses pembuatan 11nm.

Peningkatan prestasi paling banyak yang akan dilihat oleh pengguna adalah pada fotografi dan videografi. Dengan Specta 250L ISP dan Qualcomm AI Engine generasi ketiga, yang mana pembuat peranti dapat menambahkan sokongan untuk ciri seperti seperti mod potrait, low light , rakaman 4K tanpa had, dan banyak lagi. 

Snapdragon 678 hadir dengan modem Snapdragon X12 4G LTE yang mampu mendapatkan kelajuan muat turun sehingga 600 Mbps dan kecepatan muat naik sehingga 150 Mbps.Namun, modem ini tidak menyokong teknologi rangkaian 5G,  teknologi Wi-Fi atau Bluetooth generasi baru, kerana sokongan untuk teknologi ini masih terhad pada pada peranti kelas premium.

(sumber)

ARTIKEL BERKAITAN